Thursday 28 July 2011

ramadhaN kArim

 Ramadan al-Mubarak bulan tarbiah dan juga tazkiyatun nafsibuat manusia agar kembali kepada fitrah yang suci. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: 

"sesiapa yang berpuasa dengan penuh keIMANAN dan pengharapan akan 
diampunkan segala dosa-dosanya terdahulu." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)


maka kembalilah mereka ibarat bayi yang baru lahir suci
dari segala dosa.


Kita digalakkan memperbanyakkan amal ibadah dan memohon keampunan
daripada Allah S.W.T serta memeperbanyakkan muhasabah diri.. Sebagaimana yang
telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W bermaksud; "Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua Syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu.

Penyeru pun menyeru: "Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah! Dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhentilah! Dan (yang ikhlas) kerana Allah, akan dibebaskan daripada api Neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadhan." (Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)
Dikatakan Ramadhan ini bulan penyucian jiwa kerana pada bulan ini setiap umat manusia beragama Islam akan sebolehnya mengubah tabiat dan perangai. Pada bulan ini setiap daripada kita sedaya upaya melakukan perubahan diri berbanding pada bulan-bulan sebelumnya.
Segala benda dan perbuatan ini hanya boleh dilakukan dengan adanya rasa keimanan dalam jiwa. Menurut penceramah bebas, Ustaz Hazlin Baharin, Ramadan itu dikatakan sebagai bulan penyucian jiwa kerana ia dapat membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada sebarang kerosakan dan gangguan syaitan.
Tetapkan Taqwa
Ramadhan juga merupakan masa terbaik untuk menyucikan jiwa kerana orang yang berpuasa perlu menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa atau sekurang-kurangnya yang boleh mencacatkan puasa. Justeru, segala tabiat buruk sebelum ini perlu ditinggalkan.
Apabila cabaran utama yang hadir dalam diri ini mampu diatasi oleh manusia itu bermakna mereka telah berjaya melawan godaan nafsu Syaitan yang mahu merosakkan jiwa mereka. Maka sebahagian daripada penyucian jiwa telah berjaya dilepasi. Tambah Ustaz Hazlin lagi, sekiranya halangan ini mampu dilepasi, maka mereka telah tergolong dalam kalangan orang-orang yang sabar dan secara langsungnya ini telah dapat menyucikan hati daripada melakukan perbuatan maksiat.

Anggaplah Ini Ramadhan Yang Terakhir::)
  • Lebihkan Bertakwa Bukan Banyakkan Makan
  • Istiqamah Beramal Bagi Meraih Cinta-Nya
  • Ubat Kuat, Bahagia Atau Derita?
  • Amar Makruf Nahi Mungkar Di Bulan Ramadhan
  • SMS Itu Tentang Kematian
  • Rahsiakanlah.. Itu Lebih Baik!
  • Menanti Ramadhan Mampukah Kita Bertemu Lagi???

Monday 4 July 2011

sahabat selamanyaaa..~!!!!


Satu ungkapan yang senang disebut melalui bibir kita namun perlaksanaan dan pencarian seorang sahabat amatlah sukar dicari dan payah diganti jika kehilangan mereka.Tahukah kita bahawa bersahabat di atas dasar cinta dan takutkan Allah mendapat hak yang istimewa di sisi Allah Azzawajalla. Persahabatan kerana Allah adalah persahabatan yang melahirkan sifat yang terpuji kerana konsepnya adalah mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan diri kita sendiri, menjaga hubungan persahabatan sehingga tidak ada hati- hati yang terguris, melupkan keburukan sahabat dan mengingati kebaikan sahabat kita. namun pada hari ini,dalam dunia moden ini, sukar untuk kita temui sahabat sejati..namun apa yang ada kawan makan kawan..
Sejarah telah membuktikan bahwa Rasulullah s.a.w mendidik para Muhajirin dan Ansor bersaudara kerana aqidah Islam. Namun pengorbanan sahabat Ansor sangat hebat sehingga sanggup mengorbankan harta benda mereka demi para sahabat dari kalangan muhjirin mekkah. Bayangkan sahabat-sahabatku jika ada golongan yang sebegini pada zaman hari ini, nescaya tidak kedengaran di telinga kita pelbagai perkara mungkar.

Pesanan ..
1. Bersahabatlah saudara kerana mengharap keredhaan Allah, kerana Nikmat Ukhuwwah kerana Allah amat berharga.

2. Ingatilah sahabat anda ketika mana anda sedang berdoa dan bermunajat kepada Allah Azzawajjala.

3. Kawan boleh dicari tetapi sahabat sukar dicari .

4. Bersyukurlah jika anda mempunyai sahabat yang sentiasa berdoa kepada anda.
dipetik dari para ulamak  

Saturday 23 April 2011

~::PaLesTinaKu yAng terCinta::~

Polis Gaza: Seorang Pembunuh Arrigoni adalah Warga Jordan

 
         
Khamis, 21/04/2011 – Polis Gaza telah mendedahkan bahawa salah satu suspek dalam pembunuhan aktivis Itali Vittorio Arrigoni adalah warga Jordan. Polis telah mengeluarkan gambar dia dan dua rakannya kepada awam, bahawa mereka adalah “yang paling dikehendaki” untuk penculikan dan pembunuhan Arrigoni.
Mayat Arrigoni itu ditemui Jumaat pagi di sebuah rumah kosong di Gaza hanya beberapa jam selepas dia diculik oleh kumpulan yang mengaku sebagai Salafi Jihadis. Sebuah klip video telah dimuat dalam Youtube di mana Arrigoni diikat dan mata ditutup oleh penjenayah tersebut, yang menuntut kerajaan di Gaza melepaskan beberapa orang dari kumpulan mereka dari penjara.
Polis Gaza mengatakan dalam sebuah kenayataan, Abdurrahman Mohammed al-Bureizat alias Mohammed Hassan dari Jordan, Bilal al-Umari, dan Mahmoud Mohammed al-Salfiti dikehendaki di Gaza atas kesalahan penculikan dan pembunuhan.
Ganjaran disediakan untuk semua pegawai dan warga yang membantu penangkapan para pembunuh Arrogoni, kata juru bicara polis Gaza, Ayman al-Batniji.
Arrigoni, yang tinggal di Gaza selama tiga tahun membantu Palestin melalui kewartawanan dan aktiviti sosial, meninggalkan kesan yang mendalam dan seluruh Gaza sedang berduka dan kerajaan akan mengadakan pengebumian taraf tentera untuk menghormatinya.
Ratusan polis, pegawai, dan warga Gaza berdemonstrasi sambil melaungkan “mati keganasan” dan bendera Palestin dan Itali dikibarkan selama pengebumian diadakan Isnin dalam kemarahan dan kesedihan. Mayatnya akan diserahkan kepada keluarganya di sempadan Rafah.
Pengebumian tentera akan diadakan oleh Kementerian Dalam Negeri di Gaza.
“Kami melaksanakan tugas kami dan tugas terhadap kejadian pun. Inilah yang kami termampu sebagai ungkapan hormat kami untuk aktivis tersebut, “kata Kolonel Kamal Abu Nada di kenyataan eksklusif untuk PIC.
Dia menegaskan bahawa bukti baru yang dikumpulkan itu dalam kes ini akan diumumkan pada waktu yang tepat.
Sementara itu, kumpulan “kesepakatan nasional” Palestin telah meminta kumpulan pro-Palestin di luar negeri untuk meningkatkan usaha menyelesaikan pengepungan Gaza. Kumpulan ini sangat mengutuk pembunuhan Arrigoni, memastikan bahawa insiden itu terpencil yang tidak mempunyai kaitan dengan Palestin.
Arrigoni dibuang oleh Israel dari Tebing Barat sekitar tiga tahun yang lalu sebelum aktivis mendarat di Gaza melalui konvoi bantuan kemanusiaan Free Gaza.
Kematiannya tiba dalam masa yang sama ahli politik Israel meningkatkan usaha untuk menggagalkan aktivisme pro-Palestin, termasuk armada bantuan Gaza ke Gaza Mei ini.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen
Written by admin
April 21st, 2011 at 8:36 am
Posted in Berita Semasa

Gaza bersedih ucap selamat tinggal kepada Arigoni

Khamis, 21/04/2011 – Ratusan pegawai polis Palestin, para penduduk, badan-badan rasmi dan kerakyatan, pertubuhan-pertubuhan, dan puluhan persatuan belia, media dan hak asasi manusia serta peserta luar turun bersama mengeringi mendiang pejuang rakyat Plaestin berbangsa Itali, Victorio Arigoni, pada hari Isnin (18 April), yang menyaksikan suasanan sedih dan marah, sepanjang mendiang diiringi dari Hospital As-Syifa’ dekat bandar Gaza menuju ke Rafah sebelum diserahkan kepada keluarga beliau.
Para pengiring mengibarkan bendera Palestin dan Itali dan mengangkat gambar Arigoni sambil melaungkan ketidakpuasan hati terhadap jenayah yang merampas hak beliau, beserta slogan “mati mati pengganas”, “dengan nyawa, dengan darah kami tebusmu wahai Victorio” dan “dari Gaza penghargaan untukmu Victorio”, dengan rasa tidak puas hati serta marah dengan pembunuhan rakyat Itali yang tidak bersenjata ini.
Mereka yang turun berkata bahawa isu ini diibaratkan seperti menanam peluru beracun di tubuh isu Palestin, dan mendiang sukarelawan Arigoni akan terus diingati di dalam hati setiap rakyat Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen
Written by admin
April 21st, 2011 at 8:35 am
Posted in Berita Semasa

Mesir bersedia untuk benarkan bantuan ke Gaza

Khamis, 21/04/2011 - Menteri Luar Negara Mesir, Nabil al-Arabi telah mengesahkan semasa menerima kunjungan Gabungan Mesir-Antarabangsa untuk Akhiri Sekatan Gaza, bahawa Mesir telah benar-benar bersedia untuk membantu proses membawa bantuan kemanusiaan dan bahan-bahan pembinaan masuk ke Gaza, kata jurucakap Kementerian Luar Negara Mesir, Manha Bakhoum.
Menteri Luar Negara berkenaan telah membuat perjanjian politik dengan jelas bagi membawa barang-barang keperluan masuk ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah selepas isu ini dibawa kepada Presiden Mesir dengan tujuan untuk mengambil tindakan yang perlu dan bersesuaian.
Dalam perkembangan lain, diplomat-diplomat Mesir menafikan laporan yang mengatakan bahawa urusan untuk membawa Arabi melawat Gaza dalam masa terdekat sedang dilakukan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa
Written by admin
April 21st, 2011 at 8:33 am
Posted in Berita Semasa

Penduduk Zionis Memasuki Al-Aqsa Dengan Kawalan Tentera

Khamis, 21/04/2011 - Para penduduk Zionis, Isnin (18/4) memasuki Masjid Al-Aqsa Mubarak di bawah perlindungan tentera Zionis.
Sejumlah saksi mengatakan, tentera Zionis telah mengizinkan para penduduk dengan jumlah besar memasuki Masjid Al-Aqsa. Padahal mereka mengenakan peraturan yang sangat ketat kepada orang Islam Palestin yang ingin berjemaah di masjid Al-Aqsa.
Sementara itu beberapa sumber tempatan menyebutkan, ribuan penduduk Zionis saban hari melakukan tindakan bodoh di jalan-jalan dan pasar terhadap warga Al-Quds dan harta milik mereka. Ini berlaku ketika kumpulan Zionis berjalan menuju kawasan Al-Buraq untuk melakukan ritual ibadah Talmud dan amalan keagamaan Yahudi ketika hari kebesaran agama mereka.
Sebelumnya pasukan Israel membuat sekatan-sekatan militan di sepanjang jalan menuju Al-Quds. Sehingga seolah-olah Al-Quds menjadi wilayah terpisah dari Tebing Barat terjajah. Mereka juga menutup semua jalan menuju Al-Aqsa untuk merayakan hari kebesaran mengikut Talmud.
sumber : COMES
penterjemah : osman
Written by admin
April 21st, 2011 at 8:31 am
Posted in Berita Semasa

Hamas bersetuju dengan tawaran sebuah negara Arab untuk menaja rundingan perpaduan kebangsaan

Saturday 9 April 2011

xkenal maka xcinta

suatu masa,
kau hadir dalam hidupku..
memberi erti baru..
membuka lembaran kasih..
menyakinkan hatiku
yang dulu tidak pasti...

Sejak kau hadir...
mengisi ruang hidupku..
ku rasakn bahagia..

Terima kasih tak tr-hingga 
Ku syukuri nikmat Allah..
Walau kekadang ku ragu..
kerana dirimu seorang lelaki,,
Kerana fitrah kejadian mu..
Tapi ku yakin pada keikhlasan mu...

Lalu ku karangkan ungkapan buatmu..
agar kau mengerti
Tentang harapanku..
Tentang hatiku..

'saya sangat sensitif sekarang..
air mata cepat mengalir...
hati mudah retak...
Pada setiap ruang yang ada,
saya panjatkan doa

DIRI INI MENJADI WANITA SOLEHAH YANG 
DAPAT MEMBAHAGIAKAN awak
YANG TAKKAN MENGELUH UNTUK SETIAP 
KESUSAHAN 
YANG TAKKAN MENDABIK DADA DENGAN 
SETIAP KESENANGAN
YANG XKN PERNAH JEMU MENJADI WANITA 
YG  SAH UNTUK SEORANG LELAKI..
DAN DOA INI TAKKAN PERNAH BERHENTI DI
SETIAP SIANG,MALAM,PAGI DAN
PETANG... INSHAALLAH

mahu menjadi wanita yang indah akhlaknya..
mahu menjadi wanita yang sentiasa menyenangkan  dan menenangkan 
hanya lelaki yang bergelar suaminya...
Dan semoga doaku,termakbul,hasratku terkabul..
langkahku teratur,
dan semoga ini bukan 
sekadar percakapan yang kosong,.

semoga cinta yang di dirikan dengan ada keredhaan-NYA,
akan berkekalan sehingga ke SYURGA...
AMIN.