Polis Gaza: Seorang Pembunuh Arrigoni adalah Warga Jordan
leave a comment

Khamis, 21/04/2011 – Polis Gaza telah mendedahkan bahawa salah satu suspek dalam pembunuhan aktivis Itali Vittorio Arrigoni adalah warga Jordan. Polis telah mengeluarkan gambar dia dan dua rakannya kepada awam, bahawa mereka adalah “yang paling dikehendaki” untuk penculikan dan pembunuhan Arrigoni.
Mayat Arrigoni itu ditemui Jumaat pagi di sebuah rumah kosong di Gaza hanya beberapa jam selepas dia diculik oleh kumpulan yang mengaku sebagai Salafi Jihadis. Sebuah klip video telah dimuat dalam Youtube di mana Arrigoni diikat dan mata ditutup oleh penjenayah tersebut, yang menuntut kerajaan di Gaza melepaskan beberapa orang dari kumpulan mereka dari penjara.
Polis Gaza mengatakan dalam sebuah kenayataan, Abdurrahman Mohammed al-Bureizat alias Mohammed Hassan dari Jordan, Bilal al-Umari, dan Mahmoud Mohammed al-Salfiti dikehendaki di Gaza atas kesalahan penculikan dan pembunuhan.
Ganjaran disediakan untuk semua pegawai dan warga yang membantu penangkapan para pembunuh Arrogoni, kata juru bicara polis Gaza, Ayman al-Batniji.
Arrigoni, yang tinggal di Gaza selama tiga tahun membantu Palestin melalui kewartawanan dan aktiviti sosial, meninggalkan kesan yang mendalam dan seluruh Gaza sedang berduka dan kerajaan akan mengadakan pengebumian taraf tentera untuk menghormatinya.
Ratusan polis, pegawai, dan warga Gaza berdemonstrasi sambil melaungkan “mati keganasan” dan bendera Palestin dan Itali dikibarkan selama pengebumian diadakan Isnin dalam kemarahan dan kesedihan. Mayatnya akan diserahkan kepada keluarganya di sempadan Rafah.
Pengebumian tentera akan diadakan oleh Kementerian Dalam Negeri di Gaza.
“Kami melaksanakan tugas kami dan tugas terhadap kejadian pun. Inilah yang kami termampu sebagai ungkapan hormat kami untuk aktivis tersebut, “kata Kolonel Kamal Abu Nada di kenyataan eksklusif untuk PIC.
Dia menegaskan bahawa bukti baru yang dikumpulkan itu dalam kes ini akan diumumkan pada waktu yang tepat.
Sementara itu, kumpulan “kesepakatan nasional” Palestin telah meminta kumpulan pro-Palestin di luar negeri untuk meningkatkan usaha menyelesaikan pengepungan Gaza. Kumpulan ini sangat mengutuk pembunuhan Arrigoni, memastikan bahawa insiden itu terpencil yang tidak mempunyai kaitan dengan Palestin.
Arrigoni dibuang oleh Israel dari Tebing Barat sekitar tiga tahun yang lalu sebelum aktivis mendarat di Gaza melalui konvoi bantuan kemanusiaan Free Gaza.
Kematiannya tiba dalam masa yang sama ahli politik Israel meningkatkan usaha untuk menggagalkan aktivisme pro-Palestin, termasuk armada bantuan Gaza ke Gaza Mei ini.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen
penterjemah : ameen
Gaza bersedih ucap selamat tinggal kepada Arigoni

Khamis, 21/04/2011 – Ratusan pegawai polis Palestin, para penduduk, badan-badan rasmi dan kerakyatan, pertubuhan-pertubuhan, dan puluhan persatuan belia, media dan hak asasi manusia serta peserta luar turun bersama mengeringi mendiang pejuang rakyat Plaestin berbangsa Itali, Victorio Arigoni, pada hari Isnin (18 April), yang menyaksikan suasanan sedih dan marah, sepanjang mendiang diiringi dari Hospital As-Syifa’ dekat bandar Gaza menuju ke Rafah sebelum diserahkan kepada keluarga beliau.
Para pengiring mengibarkan bendera Palestin dan Itali dan mengangkat gambar Arigoni sambil melaungkan ketidakpuasan hati terhadap jenayah yang merampas hak beliau, beserta slogan “mati mati pengganas”, “dengan nyawa, dengan darah kami tebusmu wahai Victorio” dan “dari Gaza penghargaan untukmu Victorio”, dengan rasa tidak puas hati serta marah dengan pembunuhan rakyat Itali yang tidak bersenjata ini.
Mereka yang turun berkata bahawa isu ini diibaratkan seperti menanam peluru beracun di tubuh isu Palestin, dan mendiang sukarelawan Arigoni akan terus diingati di dalam hati setiap rakyat Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen
penterjemah : Azleen
Mesir bersedia untuk benarkan bantuan ke Gaza

Khamis, 21/04/2011 - Menteri Luar Negara Mesir, Nabil al-Arabi telah mengesahkan semasa menerima kunjungan Gabungan Mesir-Antarabangsa untuk Akhiri Sekatan Gaza, bahawa Mesir telah benar-benar bersedia untuk membantu proses membawa bantuan kemanusiaan dan bahan-bahan pembinaan masuk ke Gaza, kata jurucakap Kementerian Luar Negara Mesir, Manha Bakhoum.
Menteri Luar Negara berkenaan telah membuat perjanjian politik dengan jelas bagi membawa barang-barang keperluan masuk ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah selepas isu ini dibawa kepada Presiden Mesir dengan tujuan untuk mengambil tindakan yang perlu dan bersesuaian.
Dalam perkembangan lain, diplomat-diplomat Mesir menafikan laporan yang mengatakan bahawa urusan untuk membawa Arabi melawat Gaza dalam masa terdekat sedang dilakukan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa
penterjemah : salwa
Penduduk Zionis Memasuki Al-Aqsa Dengan Kawalan Tentera

Khamis, 21/04/2011 - Para penduduk Zionis, Isnin (18/4) memasuki Masjid Al-Aqsa Mubarak di bawah perlindungan tentera Zionis.
Sejumlah saksi mengatakan, tentera Zionis telah mengizinkan para penduduk dengan jumlah besar memasuki Masjid Al-Aqsa. Padahal mereka mengenakan peraturan yang sangat ketat kepada orang Islam Palestin yang ingin berjemaah di masjid Al-Aqsa.
Sementara itu beberapa sumber tempatan menyebutkan, ribuan penduduk Zionis saban hari melakukan tindakan bodoh di jalan-jalan dan pasar terhadap warga Al-Quds dan harta milik mereka. Ini berlaku ketika kumpulan Zionis berjalan menuju kawasan Al-Buraq untuk melakukan ritual ibadah Talmud dan amalan keagamaan Yahudi ketika hari kebesaran agama mereka.
Sebelumnya pasukan Israel membuat sekatan-sekatan militan di sepanjang jalan menuju Al-Quds. Sehingga seolah-olah Al-Quds menjadi wilayah terpisah dari Tebing Barat terjajah. Mereka juga menutup semua jalan menuju Al-Aqsa untuk merayakan hari kebesaran mengikut Talmud.
sumber : COMES
penterjemah : osman
penterjemah : osman